Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui media di Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Exco Wanita UMNO dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Foto: Laman rasmi Mahdzir Khalid

Ahmad Zahid nafi surat tular RoS

ByTVS

KOTA KINABALU, 7 Mac: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menafikan berhubung satu surat tular di laman sosial yang didakwa milik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan dua usul jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.

“Saya tidak mengetahui surat yang tular itu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Exco Wanita UMNO dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada selasa.

Beliau mendedahkan pengesahan itu dibuat selepas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ia (surat) memberi keabsahan bahawa Perhimpunan Agung 2022 telah membawa usul bahawa jawatan Presiden dan Timbalan tidak ditandingi langsung.

“Maka Perhimpunan Agung telah membuat keabsahan sebagaimana yang dilakukan oleh pengerusi tetap dan mengikut peraturan dan Perlembagaan parti,” ujarnya.

Jelas Ahmad Zahid perkara tersebut dimuktamadkan dan digubal mengikut perlembagaan dalam parti UMNO.

“Begitu juga usaha yang telah dibuat itu, digubal mengikut Perlembagaan parti yang melibatkan Fasal 9.3 dan 9.4 dan ditafsirkan bahwa jawatan-jawatan semua mesti dipertandingkan,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, apabila usul telah dikemukakan di Perhimpunan Agung berhubung ia adalah badan tertinggi dalam Perlembagaan UMNO.

“Maka Perhimpunan Agung telah membuat keabsahan sebagaimana yang dilakukan oleh pengerusi tetap dan mengikut peraturan dan Perlembagaan parti,” tegasnya lagi.

Untuk rekod sebelum ini, media melaporkan dua surat tular mendakwa keputusan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal akan datang tidak benar.

Surat berkepala surat (letterhead) RoS itu diutuskan kepada Ahmad Zahid pada 2 Mac lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan