KOTA KINABALU, 8 Mac: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melantik seramai 39 orang penyelaras wakil amil dan seramai 2,200 orang wakil amil untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah menjelang bulan Ramadan.
Yang di-Pertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pelantikan penyelaras dan amil itu bertujuan untuk memudahkan proses kutipan zakat di Sabah.
“Kesemua mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang- orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai tauliah.
Beliau berkata demikian ketika mengisytiharkan kadar zakat fitrah negeri Sabah di sini Kota Kinabalu, hari ini.
Dalam pada itu, Yahya turut berkata lebih RM15.3 juta berjaya dikutip sepanjang bulan ramadan tahun lepas dan lebih RM18 juta berjaya diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini.
Untuk rekod, pengagihan zakat kepada asnaf kekal RM300 seorang.-TVS