Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib bergambar kenangan selepas menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang diketuai Pengerusinya, Datu Sabariah Putit di kediamannya di Demak Jaya, hari ini. Foto: TVS

Tun Taib terima kunjungan hormat SPANS

KUCHING, 7 Mac: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini, hari ini.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi SPANS baharu, Datu Sabariah Putit bersama Timbalannya, Alexander Unya serta barisan ahli yang lain.

Ia termasuk Dayang Joanita Abang Morshidi selaku Setiausaha serta tujuh ahlinya yang terdiri daripada Datu Nicholas Sia, Abdul Rahman Sebli, Alexander Vincent dan Dr Robert Menua.

Antara yang turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dato Simoi Peri, Liew Jiu Ming, Yussibnosh Balo dan Datu Chaiti Bolhassan.

Kunjungan kira-kira 45 minit itu bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu SPANS yang kini diterajui Sabariah.

Beliau memulakan tugas sebagai Pengerusi SPANS berkuatkuasa pada 3 Januari lalu untuk tempoh dua tahun bagi sesi 2023/2024.

Sabariah menggantikan Datu Abdul Ghafur Sharif yang telah menamatkan perkhidmatan selama 11 tahun sejak 2011. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan