Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Sabariah Putit ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya, Kuching hari ini. Foto: TVS

SPANS komited menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat

KUCHING, 7 Mac: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) terus komited menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Hasrat sedemikian kata Pengerusinya, Datu Sabariah Putit, adalah selari dengan aspirasi kerajaan dalam menuju negeri maju menjelang tahun 2030.

Baca artikel berkaitan >>>>> Tun Taib terima kunjungan hormat SPANS

“Saya percaya rakyat Sarawak perlu fokus kepada apa yang disampaikan olles perkhidmatan awam kerana ia penting untuk memastikan penyampaian perkhidmatan berilhamkan aspirasi kerajaan negeri yang diterajui Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Yang pertama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 ialah untuk memastikan negeri kita mencapai status negeri maju dari segi ekonominya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai SPANS mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib di kediamannya di Demak Jaya, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Sabariah turut menegaskan bahawa kualiti dan keberkesanan perkhidmatan awam negeri perlu diberi tumpuan penting untuk bersama membantu dalam mencapai hasrat kerajaan Sarawak.

“Ini yang penting dan saya bersama semua ahli kita akan memastikan usaha dan harapan dan mandat yang diberikan kepada kita dapat dilaksanakan dengan terbaik.

“Malah dengan mandat dan sokongan padu kita dapat melaksanakan tugasan kita untuk memastikan penjawat awam yang kita lantik adalah yang berasaskan meritokrasi mengikut kriteria ASK (Sikap, Kemahiran dan Pengetuan) yang ditetapkan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan