Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah yang didiami Juliana usang dan daif. Foto: TVS

Rezeki warga emas OKU menjelang Ramadan, rumah daif dibaik pulih SABERKAS

LIMBANG, 7 Mac: Rezeki menjelang Ramadan buat seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) yang mendiami sebuah rumah daif yang hampir roboh menyembah bumi di Kampung Limpasong Limbang di sini hari ini.

Juliana Abdullah, 65, yang tinggal bersendirian di rumah daif tanpa bekalan elektrik dan air sejak 27 tahun lalu mendapat perhatian Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Danau hari ini.

Juliana Abdullah. Foto: TVS

Sinar untuk Juliana dibawakan oleh Program SABERKAS Prihatin 2023 yang berjaya menjejakinya serta menyampaikan hasrat akan membina rumah baharu untuk keselesaan wanita berkenaan.

Keadaan dalam rumah Juliana yang dipenuhi barangan lusoh. Foto: TVS

Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Danau, Paulus Palu Gumbang yang menjejaki kediaman Juliana bersama rombongan amat prihatin terhadap nasib wanita berkenaan dengan mengadakan program baik pulih rumah sementara sebelum mendapatkan bantuan rumah yang lebih kekal selepas ini.

Paulus palu gumbang turut turun padang melakukan kerja gotong-royong. Foto: TVS

“Pagi ini SABERKAS Cawangan Batu Danau mengadakan program dibawah Program SABERKAS Prihatin dan ini merupakan program tahunan dimana ada keperluan kita akan buat.

“Sebelum ini SABERKAS Prihatin turut mengadakan program ke Rumah Bujang Rantau Kiran yang telah mengalami musibah kebakaran dan kita juga telah menyumbang di bawah SABERKAS Prihatin,” katanya kepada pemberita pada program SABERKAS Prihatin anjuran SABERKAS Cawangan Batu Danau di sini.

Paulus yang juga ADUN Batu Danau berkata setiap tahun SABERKAS cawangan diperuntukkan dana di bawah SABERKAS negeri sebanyak RM5,000 untuk menganjurkan program di bawah SABERKAS Prihatin selain dana daripada SABERKAS cawangan itu sendiri .

“Ini merupakan projek yang kedua kita lakukan untuk tahun ini dan kita membantu seorang wanita yang memerlukan bantuan dan kita mengadakannya secara gotong-royong dan SABERKAS membeli bahan-bahan dan perbelanjaan sekitar RM4,000 turut disertai unit-unit di sekitar kawasan,” katanya lagi.

Paulus berkata kerja baik pulih rumah itu dilakukan secara bergotong-royong membabitkan unit-unit SABERKAS Batu Danau yang berhampiran dalam memastikan Juliana hidup dengan lebih selamat dan selesa.

“Kalau kita lihat dari segi keadaan rumah itu memang sangat daif dan kita membaik pulih rumah itu pagi ini sementara beliau (Juliana) memohon bantuan dibawah projek-projek yang lain,”ujarnya.

Sementara itu, ketika ditemui Juliana menzahirkan gembira dengan bantuan baik pulih rumah yang dilakukan oleh SABERKAS Cawangan Batu Danau di bawah Program SABERKAS Prihatin dalam menyantuni mereka yang memerlukan. -TVS

Tags: oku, saberkas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan