Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu. Foto TVS

Pengurus wanita berputih mata rugi lebih RM 200,000

SIBU, 7 Mac: Seorang pengurus wanita di sini berputih mata serta menanggung kerugian lebih RM 200,000 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dan pelaburan Bitcoin.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada 4 Mac lalu.

Menurut Alexson, sebelum tarikh itu mangsa yang berusia 52 tahun telah menerima pesanan menerusi aplikasi Whatsapp daripada individu yang menawarkan kerja secara sambilan kepadanya.

Mangsa menurut Alexson seterusnya mendapat arahan untuk melakukan beberapa tugasan mudah seperti menekan butang ‘subscribe’ dan menerima bayaran bagi setiap tugasan dilakukan.

“Mangsa telah diarah untuk melakukan beberapa tugasan mudah iaitu untuk memilih pelaburan yang ditawarkan dengan melanggan saluran yang diberikan dan diarah untuk membuat pembayaran bagi pelaburan yang dipilih.

“Mangsa kemudian membuat sebanyak 18 kali transaksi pemindahan wang dengan keseluruhannya berjumlah RM200,635 ke 13 akaun bank atas nama individu yang berlainan iaitu bermula pada tarikh 28 Februari 2023 yang lalu sehingga 4 Mac 2023 ” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Menurut Alexson, mangsa cuba mengeluarkan wang keuntungan daripada pulangan tugasan yang dilakukan, namun sebaliknya diarah membuat pembayaran cukai supaya wang itu dapat dikeluarkan.

Susulan itu, mangsa yang mula menyedari ditipu oleh suspek telah bertindak tampil membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”ujarnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai supaya melabur di platform  yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sahaja serta dapatkan nasihat kewangan daripada ejen-ejen yang berdaftar sahaja.

Tambahnya, orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui check scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan