Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Air Terjun Sangoh di Puncak Borneo kini semakin popular di kalangan pelancongan. Foto TVS.

Parlimen: Sektor pelancongan di Puncak Borneo berpotensi besar

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kawasan Puncak Borneo di Sarawak mempunyai potensi untuk terus berkembang sebagai lokasi pelancongan kerana keindahan alam yang terdapat di situ.

Ahli Parlimennya, Datuk Willie Mongin berkata, beliau berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta agensi berkaitan di Sarawak untuk terus mempromosikan kawasan itu.

Kata Willie, kerjasama berkenaan akan membolehkan pihak – pihak terlibat mencari formula terbaik yang dapat membantu pemain industri di situ.

“Mereka ini (pemain industri) perlu disediakan geran dan sebagainya untuk menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan di tempat masing – masing supaya dapat menarik lebih ramai pelancongan.

“Kita mahu pelancong yang ke Puncak Borneo akan kembali semula bagi menikmati produk – produk pelancongan kerana mempunyai pengalaman menarik di situ,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, Willie berkata, pembangunan infrastruktur asas termasuk jaringan jalan raya, bekalan elektrik serta air terawat juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan di kawasan berkenaan.

“Selain itu, banyak lagi masalah seperti sekolah dan rangkaian telekomunikasi yang perlu diberi perhatian. Perkara ini sudah saya sebut di Dewan Rakyat (perlu diatasi) untuk kebaikan semua,” katanya.

Pada masa sama, Willie berkata, beliau juga mahu melihat Kerajaan Persekutuan yang lebih agresif dan madani serta terus melihat keperluan rakyat yang perlu diselesaikan dengan segera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan