Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa penduduk setempat meredah banjir dari kediaman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika tinjauan di Seri Medan Batu Pahat, kelmarin. Foto Bernama.

Parlimen: Anwar jelaskan sebab darurat banjir tidak diisytiharkan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mengisytiharkan darurat banjir berikutan kaedah biasa masih dapat dilaksanakan.

Sehubungan itu ujar Perdana Menteri, banjir yang berlaku ketika ini belum mencapai tahap yang memerlukan pengisytiharan berkenaan.

“Berdasarkan pengalaman di Johor, prestasi para petugas di sana sangat baik dan mereka sentiasa bersiap sedia sebelum berlakunya banjir.

“Langkah keselamatan serta bantuan yang akan disalurkan (kepada mangsa) jauh lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (Perikatan Nasional – Arau) yang meminta kerajaan mengisytiharkan darurat akibat banjir yang melanda negara ketika ini.

Sementara itu, Anwar berkata, terdapat pelbagai bantuan disediakan oleh kerajaan untuk meringankan beban mangsa banjir.

“Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.

“Begitu juga dengan bantuan barangan keperluan asas sebanyak RM2,500 bagi setiap keluarga serta bantuan pembaikan rumah di bawah RM5,000,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan