Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili. Foto: TVS

Lelaki rugi RM9,730 angkara ‘Ah Long’ di media sosial

SIBU, 7 Mac: Hasrat seorang pemuda ingin memulakan perniagaan sendiri terkubur setelah mengalami kerugian RM9,730, angkara ditipu sindiket pinjaman dalam talian wang tidak wujud di sini pada Isnin.

Mangsa berusia 22 tahun terbabit mula terjerat dalam penipuan berkenaan selepas tertarik dengan satu laman web yang menawarkan cara mudah untuk membuat pinjaman berjumlah RM100,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa telah diminta untuk membuat bayaran pendahuluan bagi kelulusan pinjaman dengan kadar segera.

“Yakin dengan jaminan suspek, mangsa kemudian membuat transaksi sebanyak enam kali ke dalam tiga buah akaun yang berbeza berjumlah RM9,730.00 menggunakan wang simpanan pengadu sendiri.

“Selepas membuat bayaran tersebut, mangsa menyedari diperdaya selepas diminta untuk membuat bayaran yang berulang menyebabkan mangsa membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu hari ini (Selasa),” kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan pelbagai jenis tawaran pinjaman wang melalui laman media sosial.

“Orang ramai hendaklah membuat semakan yang terperinci dengan syarikat atau agensi yang berkaitan sebelum memohon atau menerima apa juga tawaran yang meragukan,” tegasnya.

Tambahnya, semakan boleh membuat semakan dengan balai polis terdekat atau membuat semakan melalui laman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau melalui http://semakmule.rmp.gov.my. ccid infoline di talian 013-2111222, CCID Response Centre di talian 03 26101559/03-26101599, Facebook CyberCrimeAlertRMP dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan