Sehubungan itu, katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan masuk di seluruh negara ini, termasuk di pelabuhan, dapat dioptimumkan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata semua laluan masuk di negara ini perlu mempunyai mesin pengimbas yang lengkap, dan menurutnya kebanyakan kes-kes penyeludupan yang berlaku adalah berpunca daripada sistem pengimbas yang kurang berkesan.
“Kita tahu hanya peningkatan sistem pengimbas di laluan masuk adalah langkah utama untuk mengatasi masalah penyeludupan, selain maklumat daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keberkesanan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.
Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman.