Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa, Aziz Julaihi ditemukan selamat. Foto: Bomba Limbang

Kakitangan JTS sesat ketika menyukat tanah ditemukan selamat

LIMBANG, 7 Mac: Seorang kakitangan kerajaan yang dilaporkan sesat di dalam hutan selama empat jam ketika menjalankan kerja menyukat tanah dalam kejadian yang berlaku di hutan Makasing, Jalan Nanga Medamit semalam, ditemukan selamat.

Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang, Clarence D.Primus Tiandun berkata, mangsa Aziz Julaihi, 43, yang bertugas di Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarikei ditugaskan sementara untuk kerja penyukatan tanah di Limbang dijumpai pada jam 7.30 malam oleh rakan mangsa dan penduduk kampung yang menjalankan operasi pencarian.

“Mangsa difahamkan hilang pada jam 3 petang dan laporan kehilangannya dibuat pada jam 6 petang sebelum ditemukan selamat pada jam 7.30 malam di dalam hutan berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Clarence menjelaskan kehilangan mangsa hanya disedari rakan-rakannya ketika hendak keluar hutan.

“Mangsa sempat memaklumkan yang dia sesat kepada rakan-rakannnya melalui aplikasi WhatApps,” ujarnya.

Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari hutan terus ke Rumah Luta Makasing, selain bomba, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota polis, kakitangan JTS dan penduduk kampung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan