Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian pagi tadi. Foto: BBP Mukah

Ibu tunggal dan anak lelaki hilang tempat berteduh, rumah musnah terbakar

MUKAH, 7 Mac: Seorang ibu tunggal warga emas dan anak lelakinya di sini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Bakong, Oya pada jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat Mukah, Penolong Penguasa Bomba, (PPgB) Azman Hanapis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 9.58 pagi.

“Setiba di lokasi, didapati api sedang marak memusnahkan rumah berstruktur tidak kekal dan telah hangus 100 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anak-beranak berusia 64 dan 38 tahun itu tidak berada di rumah semasa kejadian serta difahamkan masing-masing mereka berada di kebun dan ke pasar.

Menurut Azman, operasi pemadaman dilaksanakan dengan membentang satu aliran 300 kaki dan dua nozel serta satu pam angkut dengan menggunakan sumber air dari sungai berhampiran untuk memadamkan kebakaran.

“Api berjaya dikawal pada jam 10.40 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 10.55 pagi,” ujarnya punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan seramai lapan anggota dari BBP Mukah terlibat dalam operasi pemadaman yang turut dibantu oleh tiga anggota polis dan enam anggota Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan