Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) akan berkerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam usaha membangunkan estet tanaman padi. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

FELCRA, Sarawak kolaboratif bangunkan estet padi – TPM Ahmad Zahid

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Mac: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kolaboratif Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bersama kerajaan Sarawak dalam usaha pembangunan estet tanaman padi.

Beliau optimis inisiatif terhadap pembangunan estet itu juga akan menyumbang kepada keterjaminan makanan di masa hadapan.

“Kami mencapai persetujuan menerusi pihak FELCRA akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan estet padi.”

Ia bagi menampung permintaan domestik dan ini akan dibuat dalam berskala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Kerajaan Sarawak bagi tahun 2023 di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata butiran lanjut kolaboratif nanti akan diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak selepas memperoleh persetujuan Kabinet.

“Ia akan diumumkan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan