Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri majlis pra pelancaran masjid di Taman Sukma

Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal – Fadillah

ByBernama

KUCHING, 6 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai ‘gagal.’

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai gagal, sepatutnya berpolitik ke arah pembangunan negara dengan memberikan pandangan konstruktif dan bukan berbentuk negatif.

“Saya hormati Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang telah banyak menyumbang kepada negara dan berharap beliau terus membantu kita.

“Sekarang rakyat Malaysia memerlukan kita bersatu padu, kita tidak mampu untuk berpolitik lagi, kalau terlalu banyak politik akan menyebabkan kita ketinggalan dari negara-negara lain dan di rantau Asia,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran dan minum petang bersama Persatuan Penduduk Kampung Datu Sibu di sini hari ini.

Fadillah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan gagal membawa sebarang perubahan besar kepada rakyat selain menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa kesan untuk negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu juga berkata ketika ini adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara dengan menggalakkan lebih ramai  pelabur luar datang ke Malaysia.

“Jangan memberikan komen yang boleh menjejaskan negara kita dari sudut ekonomi serta pandangan dunia. Kini sudah banyak pelabur baharu datang ke negara kita disebabkan perpaduan dan kestabilan politik,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Amazon Web Services akan melabur sebanyak RM25.5 bilion bagi memperkukuh industri teknologi maklumat dan komunikasi serta menyokong perkembangan perniagaan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan