JAKARTA, 6 Mac: Tanah runtuh yang berlaku di wilayah barat Kepulauan Riau di Indonesia hari ini meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan beberapa lagi mangsa dilaporkan hilang, memetik kenyataan Pegawai Penyelamat.
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Negara, Abdul Muhari berkata, kejadian berlaku di Kabupaten Natuna dan kejadian dikatakan berpunca daripada hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil, lapor Xinhua.
Sementara itu, unit kecemasan agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah memaklumkan bahawa jumlah mangsa mungkin meningkat dan misi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.
Menurut agensi itu, cuaca buruk dan masalah telekomunikasi telah membantutkan misi SAR. -TVS