Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodiyah Sapiee bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni melawat Hospital Simunjan baru - baru ini. Foto Bernama.

Parlimen: Wujudkan semula Klinik 1Malaysia sebagai Klinik Rahmah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kerajaan dicadang supaya mengembalikan perkhidmatan Klinik 1Malaysia dengan membuat penjenamaan semula sebagai Klinik Rahmah.

Kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, sekiranya perkara itu dilaksanakan, klinik berkenaan kelak boleh memfokuskan untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Sekiranya penduduk di kawasan luar bandar sakit (namun) mempunyai simptom yang tidak kritikal, mereka boleh ke klinik berkenaan tanpa perlu ke hospital yang jauh,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Rodiah memaklumkan, di kawasannya, terdapat sebuah hospital dan tiga buah klinik kesihatan yang ‘usang’ dan wajar mendapat perhatian segera daripada Kerajaan Persekutuan.

Ujar beliau ini termasuk Hospital Simunjan yang memerlukan pembinaan blok baharu kerana isu keselamatan pesakit dan kakitangan berikutan masalah tanah mendap.

Kata Rodiyah, masalah itu menyebabkan bangunan wad pediatrik (kanak-kanak) dan wad wanita mengalami keretakan dan terpaksa dikosongkan.

“Seterusnya saya berharap agar kerajaan dapat menaik taraf perkhidmatan dan infrastruktur tiga klinik di kawasan Batang Sadong termasuk Klinik Kesihatan Semera yang ditutup pada tahun lepas,” katanya.

Bagi mengatasi kesulitan penduduk, Rodiah berharap agar tindakan segera dilakukan iaitu menyediakan tempat operasi sementara menggunakan kontena sementara menunggu klinik baharu siap.

“Kita juga mohon untuk menaik taraf Klinik kesihatan Sadong Jaya bagi menampung 12,000 populasi di sekitar kawasan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan