Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar 4.5 peratus. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Malaysia tidak akan alami kegawatan ekonomi tahun ini

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Dewan Rakyat dimaklumkan yang Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar 4.5 peratus pada tahun ini berdasarkan pencapaian 2022.

Kata beliau, di peringkat global pula, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia turut mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini sebanyak 4.4 peratus dan empat peratus.

“Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perkembangan global yang diunjur lebih perlahan pada tahun ini.

“Berdasarkan statistik ini, meskipun dengan cabaran ketidaktentuan global, saya ini menegaskan bahawa Malaysia, InsyaAllah tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023,” katanya pada Sidang Parlimen, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (Perikatan Nasional – Bagan Serai) yang ingin tahun pelan kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi global yang dijangka berlaku tahun ini.

Menjawab soalan sama, Ahmad turut menjelaskan bahawa berdasarkan takrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal, adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.

Katanya, Malaysia ketika ini tidak mengalami penguncupan berkenaan.

“Kerajaan akan terus mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang saksama untuk rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara proses pelaburan, mewujudkan lebih banyak syarikat pemula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan insentif, seperti sumbangan Tunai Rahman, membabitkan kos hampir RM8 bilion dijangka akan manfaatkan hampir sembilan juta rakyat Malaysia dengan nilai maksimum bantuan sehingga RM3,100. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan