Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran (PPV) yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga, terutama yang daif serta menghidap penyakit kritikal. Foto fail Tentera Darat Malaysia.

Parlimen: Lubok Antu sokong kerajaan ‘lawan’ tuntutan Sulu

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kerajaan disaran menggunakan segala kuasa, hak dan sumber untuk menghentikan tuntutan melampau oleh waris-waris Kesultanan Sulu.

Roy Angau Gingkoi (Gabungan Parti Sarawak – Lubok Antu) berkata, sehubungan itu beliau menyokong sepenuhnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha menyelesaikan isu berkenaan.

Kata Roy Angau, waris Kesultanan Sulu bertindak licik dengan mengambil kesempatan di atas kemelut politik yang telah melanda negara sejak tiga tahun lalu.

“(Mereka) membuat pelbagai tuntutan melalui prosiding arbitrasi dan mahkamah timbang tara di negara-negara seperti Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” katanya pada Sidang Parlimen, di sini hari ini.

Tambah Roy Angau, usaha memperjuangkan hak Malaysia dalam isu ini juga penting sebagai menghargai dan menghormati perjuangan pasukan keselamatan negara.

“Seramai 10 anggota polis dan tentera kita terkorban semasa Op Daulat di Sabah disebabkan serangan oleh kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna,” ujarnya.

Dalam pada itu, Roy Angau berkata, beliau difahamkan sebuah Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tugu peringatan Op Daulat akan didirikan di Sabah sebagai menandakan 10 tahun insiden berdarah itu berlaku.

“Saya berharap ia akan dapat siap dalam masa terdekat supaya pengorbanan wira-wira negara ini akan terus diingati oleh generasi yang akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan