Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki dalam ucapan penangguhannya mengesa umat Islam menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Foto: TVS

Masyarakat Islam di Sarawak diingatkan pamer imej baik, jadi ummah berkualiti

KUCHING, 6 Mac: Masyarakat Islam di Sarawak diingatkan agar sentiasa mempamerkan imej yang baik dan menjadi ummah berkualiti.

Baca artikel berkaitan >>>>> Dua sahabat rangkul gelaran johan dan naib johan pertandingan hafazan

Peringatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki itu menurutnya meskipun jumlah masyarakat Islam di negeri ini adalah kecil namun orang Islam telah diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negeri.

“Apa yang dilakukan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan menubuhkan Unit Hal Ehawal Agama-Agama Lain (UNIFOR) adalah tindakan yang betul dan tepat selaras dengan perbuatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W ketika menjadi pemimpin kepada golongan Islam dan bukan Islam.

“Sewaktu Baginda memimpin dahulu, diadakan Piagam Madinah dimana perjanjian tersebut adalah di antara orang Islam dan bukan Islam.

“Dalam piagam tersebut, Baginda bersetuju membenarkan kaum Yahudi mengamalkan adat istiadat dan kepercayaan agama masing-masing di kawasan Islam”

Tambahnya lagi, Sarawak adalah satu-satunya negeri yang memberikan bantuan dana dalam bentuk wang ringgit bagi pembangunan agama lain selain Islam.

Justeru itu katanya, sifat tolerasi seperti ini harus terus ditunjukkan masyarakat Islam di Sarawak agar agama Islam dipandang tinggi oleh orang bukan Islam dan seterusnya menjadi ummah yang berkualiti di negeri ini.

“Penting bagi kita umat Islam di Sarawak untuk menunjukkan imej Islam yang baik kerana kita adalah ‘secupak’ dan bukannya ‘segantang’ di sini,” katanya lagi.

Ibrahim berkata demikian dalam Majlis Penangguhan Ujian Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Hafazan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di Surau Darur Qarar Kuching pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi Biro Agama Satok Hilmy Othman, Pengerusi UjianTilawah Al-Quran dan Hafazan DUN Satok Ali Sujang dan Penasihat Ahli Jawatankuasa Pengelola Ujian Tilawah Al-Quran DUN Satok Abdul Samat Gany. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan