Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Dato Syed Mohd Hasrin (tengah), Ahli Lembaga Pengarah EMGS Dzariman Ibrahim (tiga dari kanan) merasmikan pameran 'Ayo Kuliah di Malaysia’ di Medan, Jakarta dan Depok, Indonesia. Foto: TVS

Malaysia hab pendidikan popular pelajar dari Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 6 Mac: Malaysia merupakan antara hab pendidikan global yang popular di kalangan pelajar Indonesia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, bagi mempromosikan jenama ‘Study in Malaysia’, Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Education Malaysia Indonesia (EMI) melancarkan pameran pendidikan ‘Ayo Kuliah di Malaysia’ di Medan, Jakarta dan Depok, Indonesia.

Program itu juga berpeluang menghubungkan pelajar Indonesia dalam mendapatkan maklumat secara langsung daripada 18 universiti Malaysia yang menyertai pameran itu.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Dato Syed Mohd Hasrin berkata, Indonesia dan Malaysia telah menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dalam sektor pendidikan yang perlu diperkukuhkan lagi melalui inisiatif  itu.

“Inisiatif ini boleh mengeratkan lagi hubungan kedua negara dan boleh saling membantu manakala bayaran pembelajaran di Malaysia berpatutan dengan kualiti program yang telah diakui,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan negara jiran, persamaan bahasa dan budaya antara kekuatan Malaysia yang terus menjadi destinasi pilihan utama untuk pelajar-pelajar Indonesia.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah EMGS, Dzariman Ibrahim mengatakan antara bidang pengajian yang popular di kalangan pelajar Indonesia ialah Perniagaan dan Pentadbiran, Komputer, Seni dan Kejuruteraan.

“Pelbagai biasiswa untuk melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia juga telah ditawarkan untuk pelajar-pelajar Indonesia,” ujarnya.

Sehingga kini, Indonesia antara lima negara teratas dalam senarai negara dengan permohonan tertinggi mencecah 3,618 pelajar dengan lebih 10,000 pelajar telah berada di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan