Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara dunia Cheah Liek Hou merangkul gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1, di Toledo. Foto: FB Cheah Liek Hou

Liek Hou cemerlang di Sepanyol

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Juara dunia Cheah Liek Hou merangkul gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1, di Toledo, malam ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu menewaskan Fang Jeng Yu dari Taiwan 21-7, 21-13 pada final yang berlangsung selama 27 minit.

Kejayaan itu mengubati kekecewaannya yang muncul naib juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 bulan lalu selepas kecundang di tangan musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Sebagai rekod, Liek Hou mencipta sensasi selepas merampas semula gelaran juara perseorangan SU5 pada Kejohanan Para Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, November tahun lepas.

Pencapaian itu menyaksikan atlet berusia 34 tahun itu meraih gelaran dunia ke-12 selepas muncul juara perseorangan kali ketujuh dan mengumpul lima kejuaraan bagi kategori beregu lelaki SU5. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan