Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran memusnahkan lebih 90 buah rumah atas air di Kampung Cenderamata di Batu Sapi, Sandakan. Foto JBPM.

Lebih 90 rumah atas air di Sandakan musnah terbakar

SANDAKAN, 6 Mac : Lebih 90 buah rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi di sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Zon 6, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Jasri Abdul Jal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.06 pagi dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

Menurutnya operasi pemadaman yang dilakukan berjaya mengawal api daripada merebak dan kebakaran dipadam sepenuhnya pada pukul 7.48 pagi.

“Sepanjang operasi berlangsung, pihak kita berdepan beberapa kekangan kerana terdapat rumah yang terlalu rapat. Apabila binaan terlalu rapat dan berlaku sesuatu kebakaran, kadar kebakaran terlalu tinggi.

“Dan pada masa sama juga, tekanan air agak rendah. Kita berharap sepenuhnya sumber dari tangki air. Begitu juga kita dapatkan bekalan sumber air terbuka iaitu air laut, tetapi pada masa kejadian itu air laut surut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara anggaran kerugian dan punca kebakaran akan disiasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah ditubuhkan bagi mengawal urus mangsa kebakaran terlibat.

Katanya, ketika ini sebahagian mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan PPR Batu Sapi.

“Pihak kita menasihatkan mereka yang terkesan agar lebih baik tinggal sementara di PPS yang disediakan. Dan, bagi yang mengosongkan rumah, kita ingatkan mereka untuk memaklumkan kepada jiran atau keluarga berdekatan bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kecurian,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan