Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr Sim Kui Hian ketika ditemui pemberita pada sidang media Persidangan Asia For Animal (AFA) Sarawak 2023 di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Empat kes kematian akibat Rabies di Sarawak setakat Mac – Dr Sim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 6 Mac : Sebanyak enam kes wabak Rabies dilaporkan di Sarawak dengan empat kematian dicatatkan sejak Januari hingga Mac tahun ini, kata Dato Dr Sim Kui Hian.

Timbalan Premier Sarawak itu mendedahkan, empat kes kematian berpunca daripada wabak itu yang masing-masing dilaporkan di empat daerah berbeza, iaitu Sibu, Kanowit, Siburan dan Bintulu.

“Enam kes dicatatkan dari Januari hingga Mac. Mac baharu sahaja bermula. Dua pesakit berjaya diselamatkan setelah pihak doktor bertungkus-lumus.

“Namun begitu, saya tidak pasti mengenai status mereka yang terselamat kerana wabak itu menjangkiti otak mereka.

“Pada asasnya, mereka yang terselamat tidak dapat kembali seperti sediakala, seseorang perlu menjaga mereka kerana mereka sudah tidak mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri. Ia kecacatan yang teruk, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri sidang media Persidangan Asia For Animal (AFA) Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sim memaklumkan, peningkatan kes gigitan anjing kebelakangan ini  membimbangkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Jelas beliau, menurut data dari Jabatan Veterinar Sarawak (JVS), sebanyak 2,210 kes gigitan haiwan dilaporkan iaitu melibatkan 1,205 kes gigitan anjing, 985 kes gigitan kucing dan 20 kes melibatkan haiwan lain.

Tambah beliau, daripada 40 sampel yang diambil daripada kes gigitan anjing dan kucing, 18 daripadanya dikesan positif.

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan tempatan menggesa pemilik-pemilik haiwan tersebut untuk mengambil sikap bertanggungjawab dengan mendapatkkan vaksin untuk haiwan peliharaan mereka.

“Apabila anda memiliki anjing, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan vaksinasi awal untuk haiwan peliharaan anda.

“Jabatan Veterinar Sarawak (JVS) membelanjakan begitu banyak wang untuk program vaksinasi dan anda tidak boleh mengharapkan doktor haiwan untuk datang ke rumah anda kerana mereka mempunyai banyak tugas lain yang perlu diselesaikan.

“Apakah perasaan anda apabila haiwan peliharaan anda menghidap rabies dan menggigit rakan anda lalu menyebabkan kematian, siapakah yang ingin bertanggungjawab ?,” tegasnya.

Ujar Dr Sim, bagi tahun ini sahaja, 514 haiwan telah divaksin melibatkan 492 ekor anjing dan 22 ekor kucing.

Dr Sim menambah sehingga hari ini, sebanyak 48 kematian dicatatkan di seluruh Sarawak sejak wabak berkenaan pertama kali dikesan pada 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan