KUCHING, 6 Mac: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat sedikit pada Minggu Epidemiologi sembilan iaitu 55 kes berbanding minggu sebelumnya sebanyak 51 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 324,636 kes.
Dalam pada itu, satu kematian direkodkan yang melibatkan kes di Bahagian Serian.
Kes baharu COVID-19 dalam kategori satu dan dua sebanyak 52 kes manakala dalam kategori tiga empat dan lima kekal tiga kes baharu.
Daerah Kuching merupakan daerah yang menjadi penyumbang utama kes baharu sebanyak 23 kes diikuti Miri (9), Bintulu (6), Sibu (5) dan Samarahan (5). – TVS