Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara ahli Warisan di Tawau yang keluar parti dan menyokong pimpinan Kerajaan Negeri Sabah. Foto: Warisan

1,500 ahli Warisan keluar parti

ByTVS

TAWAU, 5 Mac : Usaha pimpinan Kerajaan Sabah yang bersungguh memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi faktor utama 1,500 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) daripada 30 cawangan di Tawau mengumumkan keluar parti.

Kesemua ahli dari parti pembangkang di Sabah itu yang diketuai Mantan Timbalan Ketua Wira Pusat Warisan, Ismail Sabran kini menyatakan sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kami keluar dari parti Warisan kerana saya percaya semua parti lokal yang sekarang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga dengan kerjasama Kerajaan Sarawak secara bersama akan menuntut MA63,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya, tindakan kesemua mereka adalah atas kerelaan hati masing-masing kerana mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan disokong oleh semua parti politik tempatan supaya pembangunan negeri mampu dicapai.

“Kita tidak mahu parti yang terlalu banyak bermain politik sehingga membantutkan usaha untuk membangun negeri dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya lagi.

Ismail berkata, kesemua mereka juga secara bersama mengumumkan untuk memyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang baharu sahaja dilancarkan Ketua Menteri dan akan menghantar borang keahlian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan