Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datu Khirudin Drahman ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan dan Kursus Ahli-Ahli Baharu Bomba Komuniti hari ini. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

Undang-undang dan ordinan lama dipinda supaya relevan keadaan semasa – Hasidah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Mac: Kerajaan Sarawak sentiasa mahu memastikan undang-undang dan ordinan lama di negeri ini dilakukan pindaan dan penambahbaikan agar relevan dengan keadaan semasa.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, mengenai Ordinan Bangunan Sarawak 1994 terpulang kepada keputusan kementerian sama ada untuk meminda dan menambah baik undang-undang itu untuk manfaat masyarakat setempat.

“Kita (Kerajaan Sarawak) sememangnya menunggu keputusan dari kementerian untuk membentangkan pindaan tetapi pada masa sama kita sentiasa mengemaskini akta.

“Apa-apa akta yang dapat dipinda akan kami lakukan segera agar dapat dilaksanakan sekali gus memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan dan Kursus Ahli-Ahli Baharu Bomba Komuniti di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya hari ini.

Tegasnya juga, kementerian yang diterajuinya akan mendengar semua agensi kerajaan bagi memastikan undang-undang dan ordinan dikemaskini mengikut perubahan masa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata, Akta SBO telah diwujudkan pada 1994 dan dipinda sebanyak dua kali berdasarkan keperluan semasa.

Khirudin (dua dari kiri) dan Sharifah Hasidah (tiga dari kiri) ketika perasmian Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan dan Kursus Ahli-Ahli Baharu Bomba Komuniti hari ini. Foito: Izzah Kamilah

 

“Mana-mana undang-undang yang telah lama dikuatkuasakan dengan teknologi baharu seperti sektor pembinaan, kaedah pembinaan dan bahan yang digunakan untuk pembinaan akan berubah. Ini menuntut kita untuk meminda akta supaya dapat disesuaikan dengan keperluan semasa.

“Dari segi perundangan, kita tahu dari segi moral harus diubah supaya setaraf sekali gus dapat menjadi rujukan di mahkamah,” katanya.

Pemindaan ini dilakukan supaya kepesatan pembangunan negeri dapat ditunjukkan seiring dengan pengetahuan pegawai di negara dan kerajaan negeri berkenaan pindaan yang akan berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan