Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus ketika melawat reruai Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak 2023 Siri 1 hari ini. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Tingkatkan penglibatan wanita dalam peluang ekonomi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Mac: Program Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak 2023 bertindak sebagai Pusat Sehenti bagi golongan wanita memperluas rangkaian sosial dan mendapatkan khidmat nasihat dalam sektor ekonomi dan perniagaan.

Yakinkan golongan ibu kembali bekerja – Rosey.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, penglibatan dalam program itu dapat memberikan pendedahan berhubung peluang pekerjaan kepada mereka.

“Fokus kita adalah terhadap wanita yang belum melibatkan diri dalam bidang perniagaan untuk menjana pendapatan.

“Saya berharap mereka (wanita) dapat tampil ke pameran yang disediakan bagi melihat peluang untuk membangun dan memperkembang perniagaan mereka,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak 2023 Siri 1 di sini, hari ini.

Rosey berkata, program seperti itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya masyarakat bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam aktiviti dan peluang ekonomi.

“Selain itu, penglibatan agensi-agensi dalam inisiatif ini membantu memberikan pendedahan kepada pengunjung berkaitan bantuan, geran dan pinjaman berkaitan keusahawanan.

“Jelajah kerjaya ini telah membantu enam individu setakat hari ini mendapat pekerjaan dan 74 daripadanya masih menunggu temuduga kedua. Agensi-agensi yang ada hari ini akan bersedia membantu sesiapa yang hadir,” katanya.

Jelajah Kerjaya Wanita Sarawak 2023 dianjurkan pada 4 dan 5 Mac bersempena dengan Sambutan Hari Wanita 2023.

Sebanyak 18 agensi terlibat dalam menjayakan program itu termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Shopee Malaysia Sdn Bhd dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan