Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak mahu jadi lokasi penggambaran filem bertaraf antarabangsa

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Mac: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan pembikin filem tempatan dan luar negara untuk menghasilkan lebih banyak filem di negeri ini, kata Dato Gerald Rentap Jabu.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, Kerajaan Sarawak mahu menjadikan negeri ini sebagai lokasi penghasilan filem bertaraf dunia dan pada masa sama mempromosi kepelbagaian dan keunikan yang dimiliki Bumi Kenyalang.

Dato Gerald Rentap Jabu ketika mengadiri Majlis Tayangan Perdana filem Rajah di sebuah Pusat Membeli Belah di Kuching, malam tadi. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

“Seperti yang dimaklumkan oleh Premier Sarawak dan pihak kementerian bahawa industri kreatif mesti terus dipacu.

“Justeru, Sarawak mengalu-alukan orang luar untuk datang membuat lebih banyak filem.

“Kita harap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dapat memberi sedikit lagi geran untuk kita menjadikan Sarawak sebagai lokasi penghasilan filem bertaraf dunia atau sekurang-kurangnya untuk mempromosikan apa yang kita ada dari segi alam semula jadi, kelestarian, adat dan sejarah, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Tayangan Perdana filem Rajah di sebuah Pusat Membeli Belah di Kuching, semalam.

Yang turut hadir, Senator Dewan Negara, Robert Lau Hui Yew.

Gerald memaklumkan, beliau telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Sarawak, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Sarawak untuk FINAS membina sebuah lagi studio filem untuk merancakkan lagi industri kreatif di Sarawak.

“Saya bercakap dengan Profesor Nasir bahawa kita sepatutnya mempunyai sebuah lagi studio filem di Sarawak seperti studio Iskandar Malaysia (IMS) yang terdapat di Johor.

“Sekiranya kita mempunyai studio seperti itu di Sarawak, ia akan membantu kita untuk membangunkan indusri kreatif di sini dengan lebih baik, “ ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai filem Rajah, Gerald berkata, filem adaptasi sejarah mengisahkan Raja Putih pertama Sarawak, James Brooke itu diharap dapat mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya rakyat Sarawak dan pada masa sama berharap ia menjadi filem pecah panggung.

“Kita berharap filem Rajah yang merupakan filem pertama dihasilkan di Sarawak akan menjadi filem pecah panggung.

“Kita harap masyarakat akan beri sokongan kepada filem ini. Selepas ini, filem ini akan diperkenalkan ke bahagian lain di Sarawak iaitu di Sibu, Bintulu dan juga Miri, “ katanya.

Gerald menambah, filem itu juga boleh ditonton di seluruh kerana ia telah ditayangkan pada hujung tahun lepas di Amerika Syarikat yang mana penerimaan sambutan terhadap filem tersebut amat memberangsangkan.

Filem Rajah sutradara Michael Haussman dan dibarisi pelakon-pelakon hebat tanah air, antaranya Bront Palarae dan Shaheizy Sam akan mula ditayangkan pada 9 Mac ini di panggung wayang seluruh Malaysia.

Untuk rekod, filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan