Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga,kanan) ketika menghadiri majlis Perpindahan Masjid Baru Ikhwanul Islam Taman Sukma, hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto: TVS

KPK bantu NADMA kenal pasti jumlah peladang, petani yang terjejas banjir

KUCHING, 5 Mac: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan membuat analisis bagi mengenal pasti jumlah peladang dan petani yang terjejas akibat bencana banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, bagaimanapun bantuan yang akan disalurkan kepada golongan tersebut yang terjejas adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

“Bantuan terbabit tergolong di bawah NADMA, kita akan bantu mereka mengenal pasti  yang terjejas,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perpindahan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma di Kuching.

Menurut Fadillah, kerajaan menerusi KPK tidak mempunyai sebarang program khas untuk membantu perkebun dan peladang yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.

“Setakat ini kita tidak ada lagi program sebegitu, yang ada lebih kepada pertanian, bagaimanapun semua berhubung kait dengan banjir ataupun bencana diuruskan NADMA yang di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan