Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir dengan mahasiswa universiti tempatan pada program Juh Bekpes bersama FY hari ini. Foto: Bernama

Pusat latihan kepimpinan akan ditubuhkan di Petra Jaya – Fadillah

KUCHING, 4 Mac: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merancang membina sebuah pusat latihan di kawasan Petra Jaya bagi membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia mencakupi pelbagai bidang seperti politik, korporat dan perniagaan.

“Ini adalah rancangan saya untuk golongan belia jadi kita dapat melahirkan pemimpin Sarawak yang berkualiti. Saya harap dapat realisasikan misi ini dalam penggal ini,” kata Fadillah kepada pemberita pada program ‘Juh Bekpes’ bersama belia di Metrocity di sini hari ini.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, idea itu hasil maklum balas yang beliau kumpulkan dalam sesi libat urus bersama golongan belia di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, selain dapat mengukur sentimen generasi muda, penglibatan itu juga membolehkan beliau berkongsi aspirasinya.

“Saya berharap mereka dapat didedahkan (dalam latihan) bukan hanya di negeri itu tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa jadi mereka akan dapat meneruskan perjuangan kami untuk memajukan lagi Sarawak,” tambah beliau.

Pada program sarapan pagi itu, Fadillah meluangkan masa mendengar maklum balas daripada 45 belia berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun yang menetap di kawasan Petra Jaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan