Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan pemain PFA Odin Sarawak ketika menentang Kuala Lumpur pada perlawanan kedua saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023, hari ini. Foto: FAM

MPFL 2023: PFA Odin Sarawak pamer taring, tewaskan Kuala Lumpur 6-3

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Mac: Skuad PFA Odin Sarawak mempamerkan aksi memukau pada perlawanan kedua saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 setelah menewaskan pasukan Kuala Lumpur, 6-3, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Panasonic Shah Alam itu menyaksikan pasukan yang dibarisi anak tempatan Sarawak itu tampak garang apabila melakukan asakan bertali arus sejak wisel permainan dibunyikan.

Penyumbang gol skuad PFA Odin terdiri daripada Radziman Radzuan pada minit kelima, Abid Sahmat minit ke-17, Dzul Idzwaniezam Madin minit ke-26, Iskandar Harun minit ke-27, Zulazmie Ibrahim minit ke-38 dan Azierul Joss minit ke-39.

Manakala, gol skuad ibu kota pula dijaringkan Syahril Ezuwan Sadre pada minit ke-34, Nazrin Ashraf Radzi minit ke-35 dan Ruzaini Norazam minit ke-39.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama saingan MPFL, PFA Odin yang dibimbing oleh Mohd Faizal Zamri tewas ditangan skuad gergasi, Selangor MAC, 1-5.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama PFA Odin dalam kancah MPFL yang menyaksikan pasukan itu diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan Selangor MAC, Selangor TOT United, Shah Alam City, Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan