Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah 2022. Infografik: TVS

KWSP umum dividen 5.35 peratus untuk simpanan konvensional, 4.75 peratus simpanan syariah

ByBernama

SHAH ALAM, 4 Mac:  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.35 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2022 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut mengumumkan dividen 4.75 peratus untuk simpanan syariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion.

Ini menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk 2022 sebanyak RM51.14 bilion.

Amir Hamzah berkata, pulangan yang kompetitif ini sebahagian besarnya dipacu oleh strategi KWSP yang menekankan kepada kemampanan jangka panjang pelaburan dan pulangan, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP.

“Portfolio KWSP yang pelbagai dan kecairan yang sihat membantu mengurangkan risiko dan membolehkannya untuk mengekalkan aset pelaburan melebihi RM1 trilion dan mengisytiharkan kadar dividen yang baik untuk 2022.

“Pembayaran sebanyak RM51.14 bilion ini akan memanfaatkan lebih daripada 15 juta ahli KWSP, termasuk ahli daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan, iaitu sebuah program caruman sukarela berasaskan insentif,” katanya dalam taklimat media mengenai prestasi kewangan KWSP pada 2022 hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan