Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 17 orang maut termasuk dua kanak-kanak sementara 52 orang cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah depo simpanan bahan api yang dikendalikan oleh syarikat milik negara Pertamina di Plumpang, Jakarta Utara. Foto: Bomba Jakarta

Kebakaran depo simpanan bahan api milik Pertamina, 17 orang maut

ByTVS

JAKARTA, 4 Mac: Sekurang-kurangnya 17 orang maut termasuk dua kanak-kanak sementara 52 orang cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah depo simpanan bahan api yang dikendalikan oleh syarikat milik negara Pertamina di Plumpang, Jakarta Utara malam tadi.

Kebakaran yang berlaku itu menyebabkan penduduk berhampiran panik, api merebak di kawasan itu sehingga sebahagian daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Pengarah Pertamina, Nicke Widyawati yang mengesahkan kejadian yang berlaku itu berkata, api merebak ke rumah-rumah sekitar yang berhampiran dengan depo tersebut.

“Kebakaran yang berlaku di salah satu paip telah menyebabkan kebakaran besar pada depo kami yang juga berhampiran dengan rumah penduduk, kami akan fokus untuk pengendalian kejadian itu dan memberikan rawatan kepada mangsa terjejas,” katanya. 

@tvstvmy

Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas kebakaran berlaku di sebuah depo simpanan bahan api yang dikendalikan oleh syarikat milik negara Pertamina di Plumpang, Jakarta Utara, malam tadi. 📹 Bomba Jakarta #TVS122 #TVSNews #kebakaran #jakarta #plumpang #indonesia

♬ original sound – TVS News – TVS News

Beliau turut berkata, Pertamina akan membentuk pasukan bersama untuk menyiasat punca kejadian semalam bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Depo bahan api yang terbakar itu mempunyai kapasiti lebih 300,000 kiloliter, sementara seluruh tangki simpanan yang ada berkapasiti dua juta liter.

Sekurang-kurangnya 52 trak bomba dikerahkan untuk memadamkan api yang berketinggian lebih 30 meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan