Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal yang ditunggangi mangsa sebelum terlibat dalam kemalangan. Foto: IPD Padawan.

Gara-gara elak anjing melintas, warga emas temui ajal

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Mac: Seorang warga emas maut setelah motosikal yang ditungganginya dipercayai melanggar seekor anjing di Batu 11, Jalan Serian-Kuching, berhampiran sebuah pasar raya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 74 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Sentosa.

Dalam insiden sekitar jam 7 pagi mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Serian.

“Semasa mangsa bergerak lurus di lorong kiri, secara tiba-tiba seekor anjing yang datang daripada bahu kiri jalan masuk ke laluan yang dilalui mangsa.

“Mangsa tidak sempat mengelak kerana jarak yang dekat dan menyebabkan mangsa telah melanggar anjing tersebut.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah tercampak dan terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak, sementara kenderaan mangsa dibawa ke IPD Padawan untuk pemeriksaan Puspakom.

Abang Zainal menambah, pihak polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan