Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PPS Julau ditutup pada jam 2 petang selepas banjir di daerah itu kembali pulih. Foto: APM Sarikei

Banjir pulih, PPS Julau ditutup

SARIKEI, 4 Mac: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Julau ditutup pada jam 2 petang ini, selepas keadaan banjir di Rumah Edward kembali pulih hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Julau, Wee Teck Min, sebentar tadi.

Sehingga semalam, pusat itu menempatkan seramai 14 orang mangsa banjir selepas kediaman mereka dinaiki air sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan kembali pulih hari ini, sebelum kesemua mangsa dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.

Terdahulu Pengerusi Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei, Micheal Ronnie Langgong berkata, kawasan berisiko bencana Sarikei masih dalam pengawasan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Beliau juga menasihatkan penduduk agar berwaspada dan peka dengan persekitaran selain bersedia berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

“PPS di Kompleks Sukan Julau mampu menempatkan 300 orang mangsa dalam satu -satu masa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan