Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw bawah 17 tahun di Kompleks Sukan Satok di sini hari ini. Foto: TVS.

ATAS lahir pelapis sukan sepak takraw

KUCHING, 4 Mac: Pada era gajet dan teknologi hari ini, kehidupan generasi muda lebih cenderung kepada aplikasi permainan secara dalam talian dan media sosial.

Dalam usaha bagi menggalakkan generasi muda agar tidak melupakan permainan tradisional, N8 Satok mewujudkan satu Akademi Takraw Satok yang juga dikenali sebagai ATAS untuk mewujudkan pelapis generasi sukan sepak takraw.

Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok, Hilmi Othman berkata, penubuhan Akademi Takraw Satok ini adalah satu inisiatif bagi menyemarakkan kegiatan sukan khususnya di kawasan N8 Satok.

Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok, Hilmi Othman (tiga dari kiri) di Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw bawah 17 tahun di Kompleks Sukan Satok hari ini. Foto: TVS.

“Ini merupakan satu usaha daripada pergerakan PBB N8 Satok untuk menyokong kegiatan sukan untuk kawasan PBB N8 Satok khususnya dan kawasan sekitarnya.

“Majlis hari ini adalah merupakann majlis perasmian satu Akademi Sepak Takraw yang dinamakan Akademi Takraw Satok dengan nama singkatan nya ATAS. Ini telah dipelopori oleh anak watan Satok sendiri sekadar untuk menyemarakkan kegiatan sukan di kawasan ini khususnya sepak takraw.

“Jadi satu daripada inisiatif mereka adalah untuk menggalak generasi muda terlibat dalam sukan takraw. Kita sedia maklum bahawa banyak kegiatan sukan yang telah dipelopori oleh kerajaan dan swasta mengenai semua sukan maka tertinggallah sukan-sukan tradisi seperti sepak takraw ini dan sukan-sukan tradisi ini agak tidak diminati oleh generasi baharu, maka dengan itu usaha penubuhan ATAS ini adalah tepat pada masanya untuk kita menyediakan satu prasarana supaya sukan-sukan tradisi seperti takraw ini masih mendapat tempat masyarakat kita di urban atau di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw bawah 17 tahun di Kompleks Sukan Satok di sini, hari ini.

Peserta-peserta Pertandingan Sepak Takraw bawah 17 tahun di Kompleks Sukan Satok  hari ini. Foto: TVS.

Akademi Sepak Takraw memfokuskan remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang akan dilatih dan dibimbing dengan taktik permainan yang betul.

Pemain akan diberi latihan sebanyak dua kali seminggu pada hari Rabu dan Sabtu di gelanggang sepak takraw bersama jurulatih profesional.

Turut hadir Pengerusi Kelab Sepak Takraw Satok, Abang Kamarulzaman Abang Drashid serta Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan