Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak buaya jenis Tembaga didapati sedang 'tidur di bawah singki dapur. Foto: APM Spaoh

Anak buaya tembaga ‘tidur’ di dapur berjaya ditangkap

BETONG, 4 Mac: Seorang suri rumah di Kampung Hulu Spaoh di sini cemas apabila menyedari kehadiran seekor anak buaya sedang tidur di dapur rumahnya tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu reptilia sepanjang lebih satu meter dan anggaran berat tiga kilogram (kg) terbabit ditemui berada di bawah singki dapur sejurus itu terus menghubungi Bilik Gerakan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Spaoh.

Anak buaya sepanjang lebih satu meter berjaya ditangkap di ruang dapur rumah pengadu. Foto: APM Spaoh

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan (PA) Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.20 petang dan menggerakkan angora ke lokasi kejadian.

“Tiga anggota kami terus bergegas ke lokasi menemui pengadu yang menunjuk tempat anak buaya itu sedang ‘tidur’ di bawah singki dapur,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, anggota APM menggunakan penjerut khas dan hanya dalam tempo 15 minit pihaknya berjaya menangkap reptilia berkenaan.

Sang bedal kecil itu kemudiannya dibawa ke Bilik Gerakan MER’S Spaoh sebelum dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari populasi manusia.

“Kami percaya anak buaya itu mencari tempat perlindungan hingga tersesat masuk ke rumah pengadu,” jelasnya.

Berhubung kejadian, Desem menasihati orang ramai agar berhati-hati terutama pada musim cuaca tidak menentu kerana reptilia berbisa seperti ular dan buaya akan mencari tempat berlindung termasuk ke kawasan kediaman.

“Sekiranya melihat kelibat atau ada reptilia berbisa hubungi MERS 999 untuk bantuan. Jangan panik dan jangan sesekali usik kerana reptilia berasa terancam akan bertindak luar jangkaan demi melindungi diri,”  ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan