Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Micheal Ronnie Langgong mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian di Sarikei, semalam. Foto TVS.

Jangan kongsi maklumat bencana belum sahih di media sosial

SARIKEI, 3 Mac: Orang ramai termasuk penjawat awam diingatkan agar tidak terlalu ghairah menyebarkan situasi di lokasi bencana di media sosial.

Tindakan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei, Micheal Ronnie Langgong akan mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

“Sebahagian daripada bahan yang dikongsikan itu tidak mempunyai sumber yang tepat dan jelas.”

“Saya mohon khususnya penjawat-penjawat awam, jangan menyebarkan maklumat-maklumat terkini yang belum mempunyai sumber yang tepat daripada agensi-agensi  yang terlibat kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi daripada masyarakat sekitar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian di Sarikei, pada Jumaat.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai disarankan agar menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian mahu pun Daerah yang telah ditubuhkan.

Ini kerana katanya, kesahihan sumber hanya berpandukan maklumat tepat yang dikumpulkan oleh jawatankuasa tersebut sebelum disebarkan untuk pengetahuan masyarakat.

“Kita hanya berpandukan kepada jawatankuasa ini daripada segi maklumat dan fakta yang betul sebelum disebarkan. Kita juga selalunya mengumpul maklumat itu di peringkat bahagian dahulu, sebelum ia sah untuk disebarkan untuk maklumat orang ramai,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan