Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah berkata Sarawak memerlukan peruntukan yang besar bagi membaik pulih infrastruktur dan kemudahan sekolah. Foto: TVS

Sagah berharap peruntukan baiki sekolah lebih besar pada masa hadapan

KUCHING, 2 Mac: Menghargai peruntukan untuk pembangunan sekolah di Sarawak menerusi Belanjawan 2023, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn berharap jumlah itu akan ditambah pada masa hadapan.

Menurutnya, 1,000 sekolah di Sarawak memerlukan dana yang besar bagi membaik pulih infrastruktur dan kemudahan sekolah.

RM1 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf sekolah di Sarawak namun jumlah berkenaan adalah untuk menampung kos membaiki kira-kira 100 sekolah, jelasnya.

“Kita bersyukur menerima sebahagian peruntukan tetapi jumlah ini masih kecil. Kita berharap peruntukan ini ditambah pada belanjawan akan datang kerana Sarawak sememangnya layak mendapat bantuan lebih,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana kepada Sekolah Mubaligh Sarawak 2022 (Anglican-Diocese of Kuching) di sini, hari ini.

Sagah berkata lagi, Sarawak banyak menyumbang dalam bidang ekonomi kepada Kerajaan Persekutuan.

Ketika pembentukan Malaysia, satu perjanjiannya adalah untuk membantu membangunkan Sarawak.

“Jika kita lihat situasi sekarang, kita masih tidak sama taraf dengan Semenanjung. Dengan adanya Kerajaan Perpaduan, kita berharap dapat peluang yang sama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan