Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis bersama kenderaan dirampas dalam Op Kontraband yang berjaya menumpaskan percubaan menyeludup rokok lebih RM400,00 di Limbang pada Rabu. Foto: TVS

Polis Marin Limbang patahkan percubaan seludup rokok lebih RM400,000

LIMBANG, 2 Mac: Percubaan menyeludup rokok bernilai RM435,000 berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Limbang menerusi Op Kontraban di sungai berhampiran Kampung Limpaki pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata polis turut menahan tiga lelaki warga tempatan dan menyita empat kenderaan serta sebuah bot bernilai RM220,000.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui 2,900 karton rokok menerusi operasi yang dijalankan seorang pegawai dan enam anggota pada kira-kira 4.30 petang.

“Tiga orang ditangkap masa operasi tersebut sudah kita bawa ke mahkamah dan kita memperolehi reman tiga hari daripada majistret. Siasatan masih diteruskan dan ini adalah kejayaan terbesar pada awal tahun ini,” katanya ditemui TVS di Pejabat Polis Marin Wilayah Lima di sini, hari ini.

Parum berkata lagi hasil siasatan mendapati bekalan rokok tersebut dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah Limbang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Beliau juga meminta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam aktiviti penyeludupan supaya tindakan pembanterasan dapat dilakukan secara berterusan, cepat dan berkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan