Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Parlimen: Penggunaan ubat PrEP bantu kerajaan jimat RM47 juta

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Penggunaan ubat Pre-Exposure prophylaxis (PrEP) sebagai langkah pencegahan penularan HIV membantu kerajaan menjimatkan kos sebanyak RM47 juta, kata Lukanisman Awang Sauni.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, penjimatan itu melibatkan tempoh 2006 hingga 2013 berdasarkan kajian oleh Centre of Excellence for Research in AIDS (Ceria).

Namun katanya, kajian berhubung kesannya kepada kewangan negara akan diteliti semula selepas tempoh pelaksanaannya selesai memandangkan projek perintis itu sedang dilaksanakan.

“Ia termasuk keperluan meneruskan projek rintis ini pada tahun-tahun seterusnya,” katanya di Parlimen di sini hari ini.

Lukanisman berkata demikian sebagai menjawab soalan oleh Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional – Kuala  Langat) yang ingin tahun kesan penggunaan ubat berkenaan kepada kewangan negara.

Sementara itu, Lukanisma berkata, penggunaan PrEP merupakan kaedah pencegahan farmaseutikal masa kini yang berkesan dan berupaya mencegah jangkitan secara seksual sehingga 99 peratus.

“Kaedah ini telah terbukti secara saintifik melalui banyak kajian di luar negara. Pengambilan ubat ini hendaklah mengikut arahan serta melalui pemantauan doktor pakar terlatih,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan