Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto tangkap layar Sidang Parlimen.

Parlimen: MSAP baharu bolehkan harga jalur lebar ditawar lebih murah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac (semalam) menyaksikan penetapan harga perkhidmatan jalur lebar lebih rendah berbanding MSAP sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sebagai contoh, harga untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kelajuan 100 Mbps di dalam MSAP baharu untuk tahun ini adalah RM254.64 sebulan berbanding dengan harga RM515 sebulan sebelum ini.

“Oleh yang demikian, ia dapat mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan capaian yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna.

“Secara tidak langsung, perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna di peringkat runcit (retail) boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan berdaya saing atau pada kelajuan yang lebih tinggi,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengenai MSAP baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2023 dan  kesannya terhadap sektor telekomunikasi dan pengguna di Malaysia dari segi mutu perkhidmatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan