Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat diberitahu yang Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) menggunakan kaedah sistem solar hibrid untuk bekalkan elektrik di pulau - pulau di perairan Sabah. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Bekalan elektrik di Sabah capai 96 peratus

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Rakyat diberitahu yang liputan elektrik di Sabah kini mencapai kadar 96 peratus.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, bagi meluaskan lagi perkhidmatan itu, kerajaan juga telah membelanjakan lebih RM437 juta untuk membangunkan capaian elektrik di pulau-pulau Sabah, termasuk yang terpencil.

“Capaian itu dicatatkan setakat tahun lepas. Bagi membekalkan elektrik di pulau – pulau di perairan Sabah, Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) menggunakan kaedah sistem solar hibrid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Dato Verdon Bahanda (Bebas – Kudat) pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Rubiah memaklumkan daripada empat projek yang dilaksanakan, tiga telah siap manakala satu projek lagi masih dalam fasa pelaksanaan.

“Pelaksanaan projek-projek ini melibatkan 40 kampung dan 22 pulau yang telah dan akan mendapat bekalan elektrik,” katanya.

Rubiah menjelaskan, tiga pulau yang sudah menerima bekalan sistem solar hibrid ialah pulau-pulau di Semporna, Pulau Banggi dan beberapa lagi buah pulau terpencil di Sabah.

Selain itu katanya bagi mencapai objektif liputan bekalan elektrik 99 peratus di Sabah menjelang 2025, KKDW mempunyai perancangan untuk melibatkan beberapa agensi negeri bagi penyelarasan sebelum pelaksanaan sesuatu projek.

“Antara agensi terlibat adalah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah serta Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan