Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya menerima cenderahati daripada ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep semasa Program Jelajah Integriti 2023 di Dewan Suarah Bau pada Khamis. Foto: TVS

GLC, PBT, agensi kerajaan perlu kemuka laporan kewangan kepada UNIONS – Juanda

BAU, 2 Feb: Kerajaan Sarawak telah memutuskan supaya semua laporan kewangan dan anggaran perbelanjaan dari badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata jawatankuasa itu dikendalikan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) untuk semakan dan ulasan sebelum dikemukakan untuk kelulusan Kabinet.

Menurutnya, ia merupakan langkah proaktif Kerajaan Sarawak bagi mengukuhkan tadbir urus dan keupayaan pengurusan dalaman sesebuah organisasi kerajaan dalam memastikan semua badan berkanun dan agensi dapat melaksanakan matlamat dan fungsi utamanya secara berkesan.

“Baru baru ini pada Disember yang lepas Kabinet Negeri Sarawak telah membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyemak laporan kewangan tahunan, perbelanjaan tahunan sebahagian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

“Berdasarkan arahan terkini, kami (jawatankuasa) mendapat arahan untuk menyemak lebih 100 agensi,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Integriti 2023 di Dewan Suarah Bau di sini pada Khamis.

Jawatankuasa itu katanya turut dibarisi Pengarah Jabatan Audit Negara, Setiausaha Kewangan Negeri, Pengarah Unit Pentadbiran dan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MLHG) serta pegawai kerajaan lain.

Juanda yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, proses semakan itu adalah usaha untuk memastikan Sarawak bebas dari sebarang unsur penyelewengan.

“Apa sebab kita lakukan? Tujuannya ialah untuk memastikan negeri kita bersih daripada sebarang bentuk penyelewengan, komen audit negara mesti dipatuhi.

“Cuma masalahnya ada sesetengah agensi selepas mendapat komen, menyatakan tindakan akan diambil, namun (projek) parit masih tersumbat, jalan raya masih berlubang dan air paip masih kuning (kotor),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan