Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah mencatatkan peningkatan manakala di Perlis berkurangan pagi ini. Foto: JPBNS

Banjir: Mangsa meningkat kepada 361, satu lagi PPS dibuka

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 2 Mac: Mangsa banjir meningkat kepada 361 orang serta sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Millenia di daerah Debak.

PPS yang dibuka sejak jam 10 malam tadi itu menempatkan paling ramai mangsa iaitu 213 orang daripada 51 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata angka berkenaan melibatkan 95 keluarga ditempatkan di lima PPS.

Setakat jam 7 pagi ini banjir semasa dilaporkan berada pada trend kekal.

Daerah Kuching mencatatkan 80 mangsa, Bau; 20 mangsa, dan Siburan: 27 mangsa serta Engkelili; 21 mangsa yang masing-masingnya ditempatkan di sebuah PPS bagi setiap daerah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan