Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta paras air sungai di Sarawak

Peta paras air sungai di Sarawak

HUJAN yang berterusan sejak Sabtu lepas di beberapa kawasan di Sarawak menyebabkan paras air sungai naik. 

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini (1 Mac).

Peta berikut menunjukkan aras air sungai terkini di Sarawak yang dikemaskini setakat 9.33 pagi, 1 Mac 2023.

Tiga stesen mencatatkan paras merbahaya – Sungai Krian di Bahagian Betong dengan bacaan 17.64 meter, Batang Lupar dengan bacaan 8.69 meter (Bahagian Sri Aman) dan Sungai Tatau dengan bacaan 9.37 meter (Bahagian Bintulu). 

Batang Mukah di bawah status Amaran dengan bacaan 17.21 meter, manakala status Waspada dicatatkan di Sungai Saribas dengan bacaan 9.64 meter.

Untuk bacaan lebih lanjut, sila klik ikon pada peta untuk mengetahui paras air sungai.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1.Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok

  2. 2. METMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri termasuk Sarawak

Sumber:
1) Laman web rasmi Public Infobanjir
https://publicinfobanjir.water.gov.my

2) Peta https://ihydro.sarawak.gov.my/

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan