Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada majlis pecah tanah empangan hidroelektrik di Malinau, Kalimantan Utara, hari ini. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Pembinaan hidroelektrik di Kalimantan, Sarawak mengorak langkah dalam tenaga boleh diperbaharui

KUCHING, 1 Mac: Pembabitan Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam pembinaan empangan hidroelektrik di Malinau, Kalimantan Utara merupakan satu langkah ke hadapan yang penting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata demikian menambah, pelaburan SEB dalam projek itu merupakan langkah strategik ke arah mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai kuasa ekonomi serantau.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak susulan majlis pecah tanah projek pembinaan empangan di Malinau, Kalimantan Utara, hari ini.

Abang Johari dan rombongannya tiba di Malinau pada Selasa atas undangan konsortium pelabur untuk menyaksikan upacara pecah tanah projek.

Setelah siap, projek yang membabitkan kos USD2.6 bilion itu berupaya menjana 1,375 megawatt.

Turut serta dalam rombongan itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr  Hazland Abang Hipni.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada majlis pecah tanah empangan hidroelektik di Malinau, Kalimantan Utara, hari ini. Foto: Pejabat Premier Sarawak

SEB mempunyai 25 peratus ekuiti dalam syarikat induk yang mempunyai dua pemegang saham lain iaitu PT Kayan Patria Pratama (25  peratus) dan PT Adaro Energy Indonesia Tbk (50 peratus).

Hidroelektrik itu akan membekalkan kuasa kepada industri tempatan di Kalimantan Utara dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2030.

Upacara berkenaan disempurnakan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Jokowi ketika berucap berkata projek itu mencerminkan semangat kerjasama yang erat antara rakyat Indonesia dan Malaysia.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada masyarakat setempat, antaranya Punan dan Lun Dayeh kerana menyokong penuh projek diharapkan dapat meningkatkan taraf ekonomi tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan