Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Parlimen Hulu Langat bertikam lidah pada sesi petang Sidang Parlimen hari ini. Foto Tangkap layar video siaran langsung Parlimen.

Parlimen: Sesi panas gara – gara perkataan kera

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Sidang Parlimen yang suram pada sesi pagi bertukar panas petang ini apabila berlaku perang mulut membabitkan penyokong kerajaan dan pembangkang.

Kekecohan bermula apabila Datuk Seri Shahidan Kasim (Perikatan Nasional – Arau) mengatakan Mohd. Sany Hamzah (PH – Hulu Langat) berperangai seperti kera di hutan.

Tindakan Shahidan itu menyebabkan Mohd. Sany memohon supaya Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengarahkan supaya perkataan itu ditarik balik.

“Guna perkataan kera, sepatutnya sebagai orang lama, beri contoh yang baik, Speaker,” kata Mohd. Sany.

Bagaimanapun Mohd Misbahul (PN- Parit Buntar) bangkit mencelah apabila beliau bersetuju dengan kenyataan Arau.

Tindakan itu menyebabkan Mohd. Sany bangun dan ‘menjerit’ mengarahkan Mohd. Misbahul supaya duduk kerana isu itu tidak ada kena mengena dengannya.

Johari kemudian mencelah dengan mengatakan beliau mahu melihat berapa ramai ahli parlimen yang tidak dapat mengawal sikap sewaktu berbahas.

“Saya hendak tengok berapa ramai yang menjerit kerana rakyat sedang mengikuti Sidang Parlimen,” katanya.

Beliau kemudian bertanya kepada Arau sama ada mengungkapkan perkataan unparliamentary terhadap Hulu Langat namun dinafikan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan