Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak sebelum ini menuntut agar tanah di sini yang tidak dimajukan agar dikembalikan kepada kerajaan negeri. Foto STB.

Parlimen: Peruntukan Belanjawan 2023 kepada Sarawak tidak mencukupi

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Peruntukan pembangunan sebanyak RM5.6 bilion kepada Sarawak yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 tidak mencukupi untuk membangunkan negeri itu yang luas.

Ir Yusuf Abd Wahab (GPS – Tanjung Manis) berkata, dalam soal ini, peruntukan yang disalurkan tidak boleh berdasarkan jumlah penduduk sesuatu negeri sahaja sebaliknya perlu mengambil kira saiz serta kemajuan sedia ada.

Kata beliau walaupun peruntukan kali ini yang meningkat berbanding RM4.6 billion untuk 2022 namun hakikatnya Sarawak masih kekurangan.

“Ini termasuklah dalam aspek pembangunan infrastruktur asas dan atas sebab itu peruntukan yang lebih besar harus diberikan supaya dapat setaraf dengan negeri-negeri lain yang sudah maju infrastrukturnya,” katanya pada Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan faktor dinyatakan, Yusuf berkata,  peruntukan yang diterima oleh Sarawak memang tidak sepadan dengan peruntukan yang diperlukan untuk membangun negeri.

“Kita berharap Menteri Kewangan akan mengambil maklum mengenai perkara ini dalam belanjawan yang akan datang,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan