Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan bantuan banjir disediakan kerajaan kepada mangsa terlibat akan diteruskan. Foto Arkib TVS.

Parlimen: Kerajaan teruskan bantuan kepada mangsa banjir

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugok Kumbong berkata, bantuan disediakan juga meliputi RM10,000 kepada waris bagi setiap mangsa yang meninggal dunia akibat bencana itu.

Katanya, kerajaan juga menyediakan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) bernilai RM2,500 kepada setiap KIR dan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) dengan had nilai maksimum sehingga RM5,000.

“Selain itu sekiranya penilaian kerosakan rumah didapati melebihi RM5,000, kerja – kerja baik pulih akan dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggunakan peruntukan sedia ada kementerian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Anyi Ngau (Gabungan Parti Sarawak – Baram) meminta Perdana Menteri menyatakan jenis dan nilai bantuan disalurkan kepada mangsa bencana alam seperti banjir dan kebakaran tempat kediaman ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan